logobulat3.jpg




[ HOME ]
[ KATA ALUAN ]
[ SEJARAH SEKOLAH ]
[ MISI, VISI & MATLAMAT ]
[ PIAGAM PELANGGAN ]
[ PENTADBIRAN ]
[ KURIKULUM ]
[ HEM ]
[KO-KURIKULUM]
[ POTRET ]
[ PROFAIL GURU & STAFF ]
[ MUAT TURUN BAHAN ]

KATA ALUAN DAGI GURU BESAR

 

Pertama sekali saya mengucapkan syukur kehadirat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya, maka wujudlah laman web sekolah ini selaras dengan kehendak Jabatan Pelajaran. Saya selaku pentadbir sekolah ini, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ajk khususnya warga SK Dampirit yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha menyediakan laman web  sekolah ini.

Laman web  sekolah ini merupakan satu wadah yang sangat penting bagi sesebuah sekolah untuk rujukan dan panduan kepada warga sekolah dam masyarakat setempat bagi merealisasikan impian serta harapan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengharungi Wawasan Pendidikan Negara.

Pada kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Dampirit kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam mewujudkan laman web  sekolah ini. Saya berharap agar segala usaha ini akan dapat diteruskan bagi kejayaan dan kecemerlangan SK Dampirit di masa akan datang kerana pemimpin di masa depan lahirnya dari generasi hari ini.

Akhir sekali saya berdoa agar semua warga sekolah ini akan terus berganding bahu dan bekerjasama dalam mengharungi cabaran-cabaran dalam aspek akademik, sahsiah dan sebagainya serta akan sentiasa diberkati dalam segala usaha yang dilakukan.

Sekian Terima Kasih;

 

Somingkal Uensai

 

Guru Besar SK Dampirit

Lycos MP3 Search

Artist or Song Name:

NEXT

BACK

skdampirit08@yahoo.com.my

hak cipta sk dampirit kudat,ps 319,89058 kudat sabah,email:skdampirit08@yahoo.com.my,tel:088615122