logobulat3.jpg




[ HOME ]
[ KATA ALUAN ]
[ SEJARAH SEKOLAH ]
[ MISI, VISI & MATLAMAT ]
[ PIAGAM PELANGGAN ]
[ PENTADBIRAN ]
[ KURIKULUM ]
[ HEM ]
[KO-KURIKULUM]
[ POTRET ]
[ PROFAIL GURU & STAFF ]
[ MUAT TURUN BAHAN ]

SEJARAH SEKOLAH

 

                  Sekolah Kebangsaan  Dampirit terletak di tengah-tengah perkampungan yang majoritinya didiami oleh penduduk dari suku kaun Rungus. Nama SK Dampirit diambil bersempena dengan letaknya sekolah ini di kampung tersebut. Jarak sekolah ini ke Pekan Kudat kira-kira 27 kilometer. Antara kampong yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Kampung Masangkong, Kampung Bambangan, Kampung Sumandakon dan Kampung Sungai Karang.

                 Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1995 atas nama cawangan SK Sikuati. Tahun seterusnya sekolah ini telah keluar daripada cawangan SK Sikuati dengan menggunakan nama SK Dampirit. Pembinaan sekolah ini adalah untuk memudahkan anak-anak kampung yang berdekatan mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bangunan asal merupakan bangunan sementara yang diperbuat daripada tiang kayu bulat, berdindingkan buluh yang dibelah,beratapkan nipah dan berlantaikan tanah sahaja.

                  Pada tahun 1999, bangunan sementara yang dibina secara gotong-royong dirobohkan dan diganti dengan bangunan papan melalui ‘Projek Kilat’ kerajaan. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah sahaja. Oleh kerana bangunan ini tidak dapat menampung bilangan murid maka, sebuah balai raya di Kampung Dampirit digunakan sementara waktu sebelum mendapat bangunan sekolah yang baru.

                  Sekolah Kebangsaan Dampirit terus berkembang dari segi fizikalnya. Pada akhir tahun 2006, di bawah program JPPS telah mendapat kelulusan untuk penambahbaikan bangunan sekolah. Penambahbaikan ini melibatkan pembinaan tiga bilik darjah, satu pejabat guru dan satu pejabat KTBM dan Guru Besar secara konkrit di bawah bangunan asal sekolah.

                 Kepesatan pembangunan telah mengubah fizikal sekolah ini, begitu juga dengan kepimpinan yang di amanahkan juga silih berganti. Guru Besar yang mula-mula menerajui kepimpinan sekolah ini ialah En John@Sarumpit Dahawa (1996-2006) dan sekarang di bawah pimpinan En Somingkal Uensai.

 

 

SK DAMPIRIT 1995
skdk95.jpg
Satu-satunya bangunan yang menempatkan bilik guru dan kelas yang ada di SK Dampirit pada 1995

SK DAMPIRIT 2007
skdk07.jpg
SK Dampirit setelah melalui perubahan dan pembangunan dalam tempoh 12 tahun


NEXT

BACK

skdampirit08@yahoo.com.my

hak cipta sk dampirit kudat,ps 319,89058 kudat sabah,email:skdampirit08@yahoo.com.my,tel:088615122